Category talk:Events

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to: navigation, search

Tidak Terucap ( Singgahsana ) Bilamana diri menyintai seseorang, sering terjadi persaingan. Kerap ada tanda tanya dalam diri. Baik seorang lelaki maupun peempuan.

" Sungguhkah dia menyintai aku?, apakah ada kekasih lain di hatinya? Benarkah dia setia & jujur kepada aku? "

Perbagai pertanyaan akan terbit dalam diri. Maka diam tak diam pasti rasa cemburu akan berputik. Payah sungguh hati untuk diyakini, apatah lagi telah pernah tertembung sesuatu yang menyatakan kecurangan kekasih. Pernah berbalah, pernah terluka tapi lantaran cinta yang mendalam, masih ada kemaafan. Jika dalam drama TV selalunya isteri akan mengesan kecurangan suami dengan tanda gincu di baju. Jika seorang yang masih di alam remaja, sering berlaku pertembungan pasangan kita dengan seseorang yang amat meragukan. Nampak kemesraan makin pudar, sering tidak menepati janji, tidak ambil berat akan masalah & kegusaran kekasih hati.

Kejujuran seorang kekasih akan lebih cepat kita kesani jika sesekali kita membuka peti SMS di telefon bimbit dia. Kekasih yang jujur tidak pernah merahsiakan SMS dari siapa juga. Begitu juga dalam masalah e-mel. Aku pernah melihat pasangan kekasih pelajar di UPM ini masing-masing tahu kata laluan e-mel pasangan mereka.

" Ju bagaimana Ju tahu kata laluan si Irwan ni? " Aku ternampak Ju leka membelek e-mel Irman kekasihnya.

" Dia pun tahu kata laluan e-mel Ju.." Jawapan ringkas & membuatkan aku terfikir panjang.

" Tak kesahkah jika ada e-mel yang seharusnya dirahsiakan "

" Kami dah merancang nak bernikah bulan Disember nantilah abg iDAN, kenapa pula ada yang nak dirahsiakan "

" Irwan tak pakai e-mel lain ke? "

" Ada tapi kata laluan kami sama, senang abg iDAN kadang-kadang ada e-mel penting sempat kami berpesan-pesan tolong bukakan..."

Payah mencari pasangan yang begini. Begitu tulus. Aku teringat akan Arwah Nasha dalam masalah SMS pun dia amat terguris hati. Ani tidak pernah pun mengizinkan dia melihat SMS di telefon bimbitnya. Siap dengan kata laluan untuk membuka telefon bimbit Ani.

Dalam keluarga aku pun sama, aku memang tidak tahu sebarang kata laluan, baik e-mel Kak Mila ataupun e-mel anak-anak. Saling berahsia, sedangkan bagiku e-mel bukanlah perkara penting dalam hidupku. Sampaikan sering aku tidak dapat maklumat ofisku lantaran memang jarang aku membuka e-mel. Aku lebih kerap membuka jurnal ini berbanding e-melku.

Aku ada banyak e-mel, di yahoo sahaja ada lebih dari tiga e-mel. Yang kerap aku buka ialah kelopak & idanradzi. Terkadang sahaja aku membuka e-mel gelenggang. Yang lain itu aku gunakan untuk muat turun perkara yang berkait dengan masalah komputer, bahan yang tidak aku utamakan sangat seperti politik, isu yang sensetif & beberapa lagi yang memang jarang aku buka.

Di hotmail rasanya makin terbiar, cuma sesekali aku buka sekadar memastikan e-mel yang beradentitikan aku tidak diambil orang. idanradzi, kelopak & gelenggang memang masih ujud di hotmail. Begitu juga Gmail. Tumpuan aku memang di yahoo. Jadi tiga server ada 3 e-mel penting & utama memang menjadikan aku bukanlah seorang yang rapat dengan e-mel.Aku lebih suka berhubung secara lama, bersemuka & berpesan-pesan.

Jadi masalah keujudan e-mel dalam era terkini, memang aku bukan kekasih yang boleh berhubungan rapat dengan e-mel.

Begitu juga dengan SMS, aku juga bukan seorang yang sentiasa bergayutan dengan SMS. Sampaikan aku rasa rimas bila melihat Aziq. Tiap kali keluar makan malam dengan aku tak kurang dua tau tiga e-mel mesti dibalasnya.

Maka itu bagaimana untuk mengucapkan sebarang kata cinta dengan e-mel atau SMS.

Tentunya masalah e-mel & SMS ini banyak berkait dengan rapat atau renggangnya sebuah cinta yang bersemi, seandainya memang itu buruan cinta di zaman ini. Penggunaan telefon bimbit yang memang telah menjadi lambang komunikasi zaman kini, tentunya menjadi cinta kini makan mahal & perlukan modal. Tidak cukup dengan pertemuan, apabila berjarak memang pasangan kekasih sering bergantungkan telefon bimbit untuk mendekatkan hati & cinta masing-masing.

Bagaimana mahu mengucapkan cinta melalui telefon bimbit juga menjadikan satu agenda & perlaksanaan yang amat payah & terbatas. Biak bagi pasangan yang telah bernikah mahu pun pasangan suami isteri.

Maka itu pengucapan cinta jadi makin luas cara & halatujunya. Keprihatinan antara yang amat penting dijaga. Maka itu bagi mereka yang telah bergelar suami & isteri. Islam telah pun awal-awal mengaturkan agar cinta itu kekal abadi biar pun tidak payah diucapkan. Seperti yang sering aku tulis di jurnal ini. Salah satu adalah penghormatan terhadap pasangan kita.

Bagi isteri jelas jika dia menghormati suami, dia kenalah mengikut aturan agama kita. Mendahulukan suami dalam apa juga tindakan. Nampak mudah aturan agama ini, tetapi kita sering terleka yang mengakibatkan isteri sering berdosa dengan suami lantaran aturan itu memang telah ditentukan Allah SWT. Suami pula kena sering mengingatkan tentang perlanggaran aturan ini terhadap isteri yang berlaku derhaka ini.

Kita ambil sahaja satu contoh yang kecil dalam penggunaan SMS umpamanya. Jika seorang isteri menggunakan telefon bimbit dengan wang pencarian bersama. Perlulah diingat jika kita halusi gaji isteri memang bukan hak suami, tetapi keizinan suami yang membuatkan iateri punyai gaji sendiri dengan keluar rumah untuk mencari nafkah. Jika sebulan seorang isteri menggunakan RM30 untuk membeli prepaid. Apakah RM16 digunakan untuk suami & keluarga. Rasanya dalam masalah kecil itu juga kita telah melanggar aturan Ilahi. Biarpun tidak tertulis di kitab Al Quran kita tapi kiasannya begitu. Maksudnya RM30 tadi memang untuk kegunaan peribadi, kita ketepikan kegunaan telefon yang berbentuk kegunaan pejabat. Pejabat seharusnya ada kemudahan telefon bukan terpaksa menggunakan telefon peribadi.

Perkara ini bukan termaktub buat isteri semata, suami juga kenalah menjaga peraturan ini jika mahu melihat cinta itu terusan berkembang biak. Kecurangan suami dalam masalah remeh & kecil ini juga sering mengakibatkan rumahtangga purak peranda. Isteri anak saudara aku sendiri mengadu, punca suaminya bernikah seorang lagi adalah lantaran SMS. Mula-mula sekadar suka-suka berSMS kemudian jadi sungguhan & tidak boleh berpisah lagi. Islam itu cantik & sejak awalnya berpesan tapi kita yang leka dalam bab menerima sesuatu alatan komunikasi yang boleh melalai & meruntuhkan utuhnya cinta.

Begitu juga bagi pasangan yang telah bergelar suami & isteri. Seharusnya terusan menjaga keutuhan cinta ketika bersama. Biar pun cinta tidak diucapkan tetapi seharusnya tindakan & perlakuan ketika bersama dapat mencerminkan cinta sebenar. Cukuplah jika suami bertanya tentang barangan dapur, dapatkah seorang isteri menyinaraikan segalanya dengan jelas tepat tanpa suami terpaksa berulang alik ke kedai lantaran ketidak prihatian isteri dalam merancang kelengkapan di dapur. Tidak cukup sekadar berkata.

" Abang tenguklah sendiri apa yang kurang di dapur itu "

Pengucapan begitu juga telah cukup membayangkan yang tiada langsung kesepakatan suami isteri tentang masalah remeh barangan di dapur. Jika suami yang kerap membantu isteri di dapur tentunya perkara mudah untuk dia mengetahui apa yag kurang apa yang ada di dapur. Lazimnya masalah barangan dapur ini memang lebih 50% suami amat kabur. Mungkin ini juga kena ada perhatian kedua-dua pihak.

Begitu juga dalam perkara berkawan & bertamu. Semuanya ada garisan dalam Islam jika kita memang peka & mahu menyatakan cinta terhadap pasangan kita. Kena ada ketentuan & keizinan untuk kita memilih kawan atau tetamu yang jangan sampai menggugatkan cinta kita. Perkara ini adalah hukum & amat jelas pantang larangnya di dalam Islam. Kerap surirumah terperangkap & tertipu dengan jurujual lantaran berani membenarkan mereka masuk ke rumah ketika suami tiada. Berani berhutang tanpa berbincang antara suami isteri. Nampak perkara ini remeh tetapi ianya juga sering membuatkan cinta boleh tergugat. Ianya tidak tertakluk di rumah, semasa bekerja sekali pun apakah seorang isteri boleh menerima sesuatu hubungan yang bukan berkait dengan kerjaya, hubungan secara langsung & tidak langsung; Umpamanya jualan langsung yang boleh mengakibatkan kerugian atau mengambil masa yang sia-sia, keuntungan jualan langsung amat samar & tidak nyata. Sepatutnya dapat digunakan untuk mengeratkan hubungan pasangan bersama tetapi masa yang terhad di dunia ini terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Apatah lagi dalam masalah besar, hutang piutang, kad kredit, pinjaman atau pembelian yang bajetnya besar. Fikirkanlah apakah ada perbincangan & muafakat sesama sesama suami isteri yang bergelar kekasih.

Sayogia perkara remeh & besar begini sering membuahkan perpecahan & perbalahan yang boleh menggugatkan hubungan.

Kita alpa kita tahu kita silap, tetapi kita sering terus & lajakkan jua.