Template:PD-Malaysia/ms

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search
Public domain
Karya seni atau sastera ini berada dalam domain awam di Malaysia kerana tempoh hak ciptanya telah tamat, atau ia telah dikecualikan daripada hak cipta dalam undang-undang.

Akta Hak Cipta 1987 Malaysia terpakai kepada karya-karya yang diterbitkan pertama kali di Malaysia. Tempoh-tempoh hak cipta ialah sebagai berikut:

  • Bagi karya sastera, muzik atau seni, hak cipta wujud sehingga 50 tahun selepas kematian penulis. Hak cipta bagi hasil kerja yang tidak diterbitakan adalah sehingga 50 tahun selepas penerbitan. Untuk hak cipta hasil kerja tanpa nama atau tanpa penulis, ia wujud selama 50 tahun selepas penerbitan melainkan penulis yang membuatnya itu dikenali.
  • Untuk filem dan rakaman suara, hak cipta wujud selama 50 tahun selepas penerbitan. Untuk rakaman bunyi yang tidak diterbitkan, hak cipta wujud selama 50 tahun selepas penetapan. Untuk penyiaran pula, hak cipta wujud selama 50 tahun selepas penghasilan pertama kalinya.
  • Hasil kerja milik kerajaan, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan antarabangsa tertakluk kepada hak cipta sehingga 50 tahun selepas penerbitan: bahagian-bahagian 11 dan 23.
  • Teks undang-undang, pendapat kehakiman dan laporan kerajaan selalunya bebas daripada hak cipta: bahagian 3 (definisi karya sastera)
(Semua tempoh 50 tahun ke atas dihitung dari permulaan tahun kalendar yang berikutnya iaitu tahun di mana hasil kerja itu mula-mula diterbitkan atau dibuat, iaitu tahun 2019, hasil kerja yang diterbitkan sebelum 1 Januari 1969 dianggap sebagai domain awam.)

Flag of Malaysia.svg
Nuvola apps important.svg
Sebuah teg domain awam Amerika Syarikat yang sah atau lesen bebas mesti diberikan untuk menunjukkan sebab karya ini boleh digunakan secara bebas di AS, kerana Commons memerlukan karya-karya yang tidak dicipta di AS dapat digunakan secara bebas dalam kedua-dua Amerika Syarikat dan negara sumbernya. Sumber, pencipta dan tahun penerbitan mesti disertakan sebab mereka merupakan maklumat penting untuk mengesahkan status hak ciptanya. Fail-fail yang tidak patuhi boleh dihapuskan sebagai pelangarran hak cipta, mengikut prinsip kewaspadaan.
Karya ini mungkin bukan berada dalam domain awam di luar negara Malaysia atau Amerika Syarikat. Sila lihat Wikipedia:Domain awam dan Wikipedia:Hak cipta untuk maklumat lanjut.

English | Bahasa Indonesia | Bahasa Melayu | 中文(简体)‎ | 中文(繁體)‎ | +/−

PERHATIAN: Sila jangan gunakan templat ini secara terus! Ini hanyalah untuk terjemahan. Sebaliknya gunakan {{PD-Malaysia}}!
NOTE: Please do not use this template directly! This is just for translation. Use {{PD-Malaysia}} instead!